Hari ni ana nak share ngn korang semua, adab memotong kuku. Mungkin ada yang dah tahu dan ada yang masih tidak tahu. Kadang-kadang yang dah tahu pun terlupa kan, hehe. Kalau nak potong kuku, kita tak boleh potong sesuka hati je. Ada hari-hari tertentu, tapi ni bukan ajaran sesat taw. Seperti yang ana belajar, sunat potong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada yang ana dengar, potong kuku pada hari selain ni, tak elok, sebolehnya dielakkan. Hukum memotong kuku ni adalah sunat. Banyak kelebihan berkuku pendek dan terlalu banyak keburukan berkuku panjang. Selain dari faktor berdosa, kesihatan dan kebersihan, Nabi pernah bagi tahu, syaitan akan 'berlari' diatas kuku yang panjang (kalau salah inform ana).
*credit to Google*
Ok, disini ana nak cerita tantang adab dan cara memotong kuku dengan betul yang mengikut sunnah Nabi. Semoga bermanfaat kepada semua readers.
1) Firstly, ofkos la bace doa kan. Doanya seperti dibawah:
Doa Ketika Memotong Kuku
2) Cara memotong kuku tangan. Dimulai dengan jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking. Kemudian diikuti jari kelingking kiri, jari manis, jari tengah, ibu jari kiri, dan yang terakhir ibu jari kanan. Dibawah ana selitkan gambar supaya lebih jelas.
3) Cara memotong kuku kaki. Dimulai dengan kelingking kanan, dan bergerak ke jari-jari kearah kiri. Gambar seperti dibawah:
Done, mudahkan caranya. Asbab ikut sunnah Nabi, dengan potong kuku pun kita boleh dapat pahala. Jom kita praktikkan dalam kehidupan kita. Jadi, sape2 yang dah tahu, boleh la ajar pada family dan sahabat2. Selamat Beramal.. :)
No comments:
Post a Comment
Salam, bagi la respon sikit. Tak susah pon, satu pun jadilah.